caklempong.com
Tempahan Kumpulan

 

Info Kumpulan Caklempong.com / Caniago
Kumpulan caklempong Caniago atau lebih dikenali sebagai Caklempong.com menawarkan khidmat persembahan muzik caklempong untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, perasmian, pelancaran, open house, corporate dinner dan sebagainya. Berpengalaman lebih daripada 20 tahun di dalam membuat persembahan muzik caklempong di Seremban, Putrajaya, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Shah Alam dan lain-lain tempat.

Kumpulan Caniago dipimpin oleh En Nadzar A. Samah (A.N.S), seorang yang berpengalaman luas di dalam muzik tradisional caklempong. Beliau pernah mengikuti kursus kerawitan di ASKI Padang Panjang, Indonesia dan merupakan bekas pensyarah muzik di Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban (1988-2003) dan pensyarah jemputan untuk UPSI (2005-2007). Pernah dilantik sebagai ahli panel kurikulum muzik tradisional untuk Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga mantan pengurus Kumpulan Yayasan Negeri Sembilan (2007-2008). Kami mempunyai koleksi 30 buah lagu yang kebanyakkannya dicipta sendiri oleh sifu kami Pak Nazar dan ia turut dimainkan oleh kumpulan lain ;p

Harga Kami
Harga kami bermula dari RM1800 bergantung kepada lokasi tempat. Kami mempunyai PA System dan tiada caj tersembunyi. Kami akan tiba 1-2 jam lebih awal untuk setup peralatan, tuning, persediaan dan sebagainya.

Sekiranya anda mencari kumpulan muzik tradisional caklempong yang profesional, mempunyai kredibiliti, berpengalaman dan boleh dipercayai, kamilah orangnya dan dijamin berpuas hati.

 

Testimonial
Pelanggan kami adalah sahabat kami. Sedikit testimonial daripada mereka:

Testimonial Caklempong
 
Testimonial
 
testimonial
 
testimonial caklempong
 
Testimonial caklempong
 
testimonial
 
 
 

 

 
 
 
TEMPAHAN
Sila SMS/WhatsApp/Tel En Nazar (012-3646 028) atau email caklempong@gmail.com untuk book tarikh dan bayaran deposit.
 
 
SENARAI TARIKH YANG MASIH KOSONG
Untuk melihat senarai tarikh yang masih kosong dan belum dibooking, sila klik Laman Utama